Ahad, 30 Oktober 2011

Tips Atasi Faraj Berbau Dan Gatal

Apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga kebersihannya. Ini kerana faraj agak sensitif kepada perubahan iklim di kawasan persekitarannya. Oleh kerana tempatnya agak tersembunyi, maka ia selalu berkeadaan lembap. Suhu lembap faraj yang normal berada 2 hingga 2.5 darjah celcius.
Sekiranya lebih daripada itu, faraj akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Jika kurang pula faraj akan menjadi kering. Faraj yang lembap menjadi kegemaran kulat dan bakteria. Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal-gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.
Akibatnya, kenikmatan hubungan suami isteri akan terjejas. Jika faraj bermasalah dan tidak dirawat, ia mendedahkan sistem reproduksi kepada jangkitan penyakit.
Beberapa Tip Dibawah Boleh Digunakan Untuk Memelihara Kesihatan Faraj Anda.
1. Gunakan air kemudian campurkan cucian wanita (pH 3.5) – (picit sebesar duit syiling 10 sen) dan bersihkan faraj. Jangan gunakan tisu. Kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi.
2. Semasa haid, gantikan tuala wanita setiap lima jam sekali bagi mengelakkan menjadi tempat bakteria membiak.
3. Jangan masukkan jari atau benda keras ke dalam faraj walaupun dengan tujuan membersihkannya.
4. Jangan memakai sabun wangi atau shower gel pada kemaluan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.
5. Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Selang antara tiga atau empat hari kerana ia boleh merosakkan pH faraj yang normal. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.
6. Jangan semburkan wangi-wangian pada alat sulit kerana ia juga boleh mengakibatkan jangkitan.
7. Bagi suami isteri bersihkan kemaluan terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria. Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu kemaluan selepas hubungan.


Cara Mengetatkan Faraj

Vagina yang ketat dapat memberikan lebih kepuasan bukan sahaja kepada suami tetapi isteri itu sendiri. Bagaimana untuk mendapatkan vagina yang ketat, terutamanya untuk wanita yang telah melahirkan anak? Di bawah ada beberapa petua yang boleh anda ikut.
1. Manjakani
  • Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
  • Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
  • Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.
2. Latihan Kemutan Faraj.
  • Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi. Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.
3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda
  • Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.


Masalah Keputihan-Punca Dan Cara Rawatan

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.
Petua Yang Boleh Dicuba
Cara Pertama
daun pegaga 300x219 Masalah Keputihan Punca Dan Cara Rawatan
1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
daun sireh 300x252 Masalah Keputihan Punca Dan Cara Rawatan
1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.


Tips Menjaga Alat Sulit Wanita

Penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat. Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.
Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:
  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
Jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease).
Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj.
Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik. Wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.
Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.
Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan,
Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.
Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi.
Kaitan Penjagaan Alat Sulit Dengan Masalah Keputihan
Keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.
Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj.
Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
Namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius.
Kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.


Bahaya Tidur Dengan Memakai Coli Dan Seluar Dalam

Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.



Petua Payudara Sihat Dan Cantik

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.
2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.
3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.
4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.
5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.
6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.
7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).
8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.



Petua Tegangkan Payudara

1.Layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan        
   lilin.
2.Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan  
   seketika.
3.Lakukan dua atau tiga kali seminggu.



 atau cara lainnya :



1.Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
2.Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
3.Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
4.Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Hukum Jilat / Hisap Kemaluan

Para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.
Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
1.Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam.
2.Yang mengharamkan:
Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.
Pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.
Seorang ilmuan Islam, Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan.


Cara Mandi Wajib

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)..
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW? sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
icon cool Cara Mandi Wajib Yang Betul Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.



Air Mani Wanita

Biasanya air mani keluar dari kemaluan seseorang wanita disebabkan adanya rangsangan berahi, apakah melalui mimpi, berkhayal ataupun dengan menggunakan tangan dan yang serupa dengan itu. Biasanya juga sebelum keluar air mani didahului dengan keluarnya air mazi. Biasanya air mazi berupa cairan yang sukar diketahui melalui penglihatan namun dapat dirasakan dengan tangan.
Dan keluarnya air mazi ini tidak menyebabkan seseorang mesti wajib mandi. Mungkin juga cairan yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda disebabkan geseran-geseran yang terjadi ketika tidur sehingga menyebabkan sampainya klimaks berahi anda. Mungkin juga ia sekadar cairan biasa yang bukan air mani tetapi berkaitan dengan faktor kesihatan tubuh badan anda.
Namun jika anda dalam keraguan untuk menentukannya, maka ambillah jalan yang terbaik, mungkin lebih selamat segera lakukan mandi wajib agar tidak menjadi perkara yang musykil berpanjangan dalam minda anda. Wallhu a’lam.
Perempuan ada air mani cuma tak akan sama dengan lelaki, air mazi adalah air yang keluar ketika ghairah manakala air mani adalah air yang keluar selepas bersama.
Kalau belum berkahwin pastinya bukan air mani.. Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air kencing, mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna agak kekuningan dan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak sedar. Keluarnya terjadi apabila naluri syahwat atau ghairah berahi bangkit dan biasanya wanita lebih sering mengalaminya.
Mazi menurut kesepakatan para ulama adalah benda najis yang mesti disucikan dari badan, pakaian serta boleh membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan mandi junub.



Seks Selepas Bersalin

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
* Trauma dengan proses kelahiran – Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.
* Perubahan hormon dan emosi – Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.
* Perubahan fizikal – Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.
Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.
Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?
Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.
Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.
Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.
Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.
Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.
Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.



Mitos Tentang Hubungan Seks

Walau semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?
Mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.
Mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.
Mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.
Mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.
Mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.
MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.
Mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.
Mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.
Mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina – hasil akhirnya adalah ejakulasi.
Mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.
Mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.