Ahad, 30 Oktober 2011

Air Mani Wanita

Biasanya air mani keluar dari kemaluan seseorang wanita disebabkan adanya rangsangan berahi, apakah melalui mimpi, berkhayal ataupun dengan menggunakan tangan dan yang serupa dengan itu. Biasanya juga sebelum keluar air mani didahului dengan keluarnya air mazi. Biasanya air mazi berupa cairan yang sukar diketahui melalui penglihatan namun dapat dirasakan dengan tangan.
Dan keluarnya air mazi ini tidak menyebabkan seseorang mesti wajib mandi. Mungkin juga cairan yang keluar itu kerana bangkitnya keghairahan anda disebabkan geseran-geseran yang terjadi ketika tidur sehingga menyebabkan sampainya klimaks berahi anda. Mungkin juga ia sekadar cairan biasa yang bukan air mani tetapi berkaitan dengan faktor kesihatan tubuh badan anda.
Namun jika anda dalam keraguan untuk menentukannya, maka ambillah jalan yang terbaik, mungkin lebih selamat segera lakukan mandi wajib agar tidak menjadi perkara yang musykil berpanjangan dalam minda anda. Wallhu a’lam.
Perempuan ada air mani cuma tak akan sama dengan lelaki, air mazi adalah air yang keluar ketika ghairah manakala air mani adalah air yang keluar selepas bersama.
Kalau belum berkahwin pastinya bukan air mani.. Ada berbagai jenis air yang keluar dari kemaluan manusia seperti air kencing, mani, mazi dan sebagainya. Mazi adalah cecair berwarna agak kekuningan dan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan secara tidak sedar. Keluarnya terjadi apabila naluri syahwat atau ghairah berahi bangkit dan biasanya wanita lebih sering mengalaminya.
Mazi menurut kesepakatan para ulama adalah benda najis yang mesti disucikan dari badan, pakaian serta boleh membatalkan wuduk tetapi tidak mewajibkan mandi junub.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan